Ekspresi Keagamaan dan Penapisan

Perlindungan keagamaan terhadap Islam

Kerajaan Malaysia cenderung kepada terlalu melindungi Islam, mengakibatkan kepada penindasan pandangan yang terlampau yang tidak akur dengan tafsiran arus perdana agama tersebut. Kuasa yang bertujuan untuk melindungi ketenteraman awam adalah sering kali digunakan untuk mengakhiri penentangan suara terhadap Islam.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP)

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri boleh melarang pencetakan, pengimportan, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan sebarang penerbitan yang mungkin menggemparkan fikiran orang awam atau memudaratkan kepada ketenteraman awam, kemoralan, atau keselamatan. Menurut kepada seksyen 7(1) AMCP tersebut, beliau boleh menjalankan kuasa ini atas budi bicara mutlaknya. Beliau sentiasa menggunakannya untuk melarang suatu pelancaran buku-buku yang dianggap “tidak diingini” kepada pihak berkuasa agama Islam. Mereka akan mengeluarkan laporan-laporan kepada Menteri memberikan alasan-alasan mengapa buku-buku tersebut harus dilarang. Sebagai contoh, di dalam kes Islamic Renaissance Front (IRF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menegaskan bahawa buku-buku IRF "contained confusing matters which may deviate from the teachings of Islam practised in Malaysia". Justeru, penerbitan-penerbitan yang mungkin akan memudaratkan kepada ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang awam. Dalam melarang buku-buku IRF, Menteri telah menyandar terhadap laporan-laporan JAKIM dan cadangan-cadangan daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Begitu juga, pihak berkuasa agama Islam Selangor dalam ZI Publications berpendapat bahawa buku yang dipertikaikan "was a clear deviation and in direct contravention of the true Islamic precepts". Agensi-agensi keagamaan juga telah meyakinkan Kerajaan untuk melarang orang beragama Kristian daripada menggunakan istilah “Allah” di dalam penulisan-penulisan mereka yang mana ianya boleh mengelirukan orang Islam, yang kemungkinan membawa kepada ketidaktenteraman awam (Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur).

Undang-undang Syariah negeri-negeri menjadikan satu jenayah pemilikan, penerbitan atau penyebaran buku-buku atau dokumen-dokumen yang mengandungi apa-apa yang “bertentangan dengan undang-undang Islam”. Agensi-agensi penguatkuasaan Islam telah diberi kuasa untuk mengawal dan menghalang penularan penerbitan-penerbitan sedemikian. Kuasa-kuasa ini telah disanksi sebagai berperlembagaan (ZI Publications). Akan tetapi, ianya boleh dikuatkuasakan keatas orang-orang yang menganut agama Islam sahaja dan bukan keatas perbadanan. Suatu serbuan keatas satu kedai buku untuk merampas salinan buku-buku yang dianggap bertentangan terhadap Islam telah diputuskan sebagai menyalahi undang-undang kerana buku tersebut belum dilarang di bawah AMCP (Berjaya Books). Mahkamah Tinggi telah menyatakan berikut:

[36] It must be noted that at the material time, the publication or book in question was not subject to any publications order by KDN. The publication order was issued only three weeks after the raid. This court must bear in mind the provision of art 7 of the Federal Constitution which provides that no person shall be punishable for an act or omission which was not punishable by law when it was done or made.

Hakim yang bijaksana berpendapat bahawa apa yang terjumlah kepada “bertentangan terhadap undang-undang Islam” adalah luas, dan ia seharusnya perlu ditakrifkan. Oleh yang demikian, suatu larangan menteri di bawah seksyen 7(1) AMCP adalah diperlukan untuk menunjukkan ketidaklulusan penerbitan sebelum agensi-agensi negeri boleh bertindak. Perlindungan mereka keatas Islam justeru berpangsi kepada perjalanan budi bicara Menteri untuk menyekat ekspresi.

Ujian objektif dan subjektif?

Sementara kayu pengukur di bawah seksyen 7(1) berkenaan kemungkinan kemudaratan memberi panduan kepada pelaksanaan budi bicara Menteri, beliau jarang menjustifikasikan kelakuan beliau dengan memberikan keterangan yang boleh diterima berkenaan kebimbangan keselamatan awam. Sebaliknya, beliau membuat pengataan-pengataan kosong semata-mata bekenaan beberapa laporan-laporan polis yang dibuat terhadap penerbitan tersebut dan bagaimana, dalan pandangan beliau, bahan-bahan tersebut boleh menyemai kebencian dan kekeliruan. Ia telah suatu ketika difikir bahawa mahkamah-mahkamah tidak boleh mempersoal keputusan-keputusan Menteri kerana budi bicaranya yang mutlak. Dalam Sepakat Efektif, Mahkamah Rayuan telah menjelaskan kedudukan undang-undang dan telah merangka ujian yang sedia ada seperti yang berikut:

[47]… Here we are faced with an exercise of ministerial discretion under s. 7 of the PPPA, which affects a citizen’s freedom of expression under the Federal Constitution, in which challenge has been mounted not only on ground of procedural fairness and breach of natural justice – the so-called ground of “procedural impropriety”. The challenge has been based as well on the grounds of “illegality” and “irrationality”. Where an exercise of discretion has a constitutional dimension, it is incumbent on the court to examine that exercise more vigilantly, and not rely solely on the ipse dixit of the Minister. … The relevant test to be adopted has also been stressed: it is whether a reasonable minister similarly situated would have acted in the same manner? It means to say courts can test the exercise of subjective discretion against objective facts in order to determine whether the discretion has been fairly and justly exercised. In the context of the facts in these appeals, and testing the exercise of the Minister’s discretion on these facts, and bearing in mind the primacy that should be placed on fundamental rights, it seems evident that the recourse to “prejudicial to public order” has no plausible evidential basis.  

Malah mahkamah kini perlu mengambil suatu pendekatan yang lebih proaktif dalam meneliti pengunaan kuasa-kuasa Menteri, terdapat sedikit panduan berkenaan bagaimana kemungkinan kemudaratan tersebut hendak diukur. Menteri telah sewenang-wenangnya dalam keputusannya. Menteri telah melarang suatu buku kompilasi karangan-karangan berkenaan wanita Muslim yang dibentangkan di suatu seminar antarabangsa dua tahun selepas buku tersebut telah dikelilingkan. Menteri telah menyatakan kemudaratan ketenteraman awam sebagai alasan. Dalam membatalkan larangan tersebut, mahkamah telah memutuskan tiada keterangan bahawa buku tersebut telah mengancam ketenteraman awam ketika dua tahun tersebut. Alasan yang dinyatakan untuk larangan adalah tidak berasas (SIS Forum). Di dalam litigasi Islamic Renaissance Front (IRF), Menteri tidak dapat menunjukkan bukti yang menyokong kepuasan hatinya, dan mahkamah telah membuang larangan tersebut. Mahkamah Rayuan telah mempersoalkan jika Menteri sebenarnya telah mengambil kira bahan-bahan yang relevan – seperti yang beliau menyatakan bahawa beliau telah melakukan – sebelum beliau membuat perintah. Terkini, Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan bahawa rampasan cakera pada orang Kristian adalah menyalahi undang-undang (Jill Ireland) selepas menemui bahawa pihak berkuasa telah salah tafsir suatu polisi dalaman yang melarang penggunaan beberapa terma-terma keagamaan. Juga tidak ada bukti untuk menyokong ancaman ketenteraman awam yang didakwa. Di sini, intipati adalah bahawa Kerajaan telah menyalahgunakan kuasa-kuasanya di bawah AMCP untuk melindungi suatu agama.

Kesimpulan

Agama dan penyuaraan adalah bersilang lebih daripada satu hala. Malaysia masih belum mencapai imbangan yang betul dalam menghadkan penyuaraan sahaja apabila perlu dan melalui kaedah yang sama rata. Bahaya meletakkan tanpa batasan budi bicara Menteri di bawah AMCP untuk menghadkan ekspresi adalah terbukti. Kes-kes mahkamah dan campur tangan kehakiman telah menguji had-had budi bicara sedemikian. Namun demikian, ia boleh mengambil bertahun sebelum mahkamah dapat melupuskan secara muktamad kes-kes. Kerosakan kepada ekspresi tidak dapat diperbaiki walaupun jika larangan-larangan adalah dibatalkan kemudiannya. Pindaan-pindaan perundangan dan panduan adalah diperlukan untuk menghadkan kuasa-kuasa Menteri. Jika tidak, cekikan Kerajaan mengenai pemikiran Islam melalui penapisan idea-idea akan terus mengakibatkan bencana dalam ekspresi.

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 19 Jun 2021