Kajian Kes berkenaan Keluar Agama: Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain

Azlina bte Jailani telah lahir sebagai seorang beragama Islam. Beliau telah membuat permohonan untuk menukar nama dan agamanya. Beliau hendak menukar namanya kepada Lina Joy dan mengeluarkan “Islam” daripada kad pengenalannya. Beliau mendakwa bahawa beliau telah keluar Islam dan memeluk agama Kristian. Beliau juga telah berhasrat untuk mengahwini dengan seorang lelaki Kristian. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menolak permohonannya. Ia menghendaki beliau untuk mengemukakan suatu perintah mahkamah Syariah yang mengisytiharkan beliau bukan lagi seorang beragama Islam. Ini bermakna bahawa beliau dikehendaki untuk memfailkan satu kes di mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah tersebut.

Terkilan dengan keputusan JPN, Lina telah memfailkan satu guaman di mahkamah sivil untuk menuntut hak perlembagaan untuk kebebasan beragama. Beliau telah berhujah bahawa haknya adalah mutlak. Desakan JPN bahawa beliau perlu mempunyai suatu kebenaran mahkamah Syariah untuk meninggalkan Islam telah mencabul haknya. Mahkamah Tinggi telah menolak tindakannya. Ia memutuskan bahawa perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan orang-orang beragama Islam hak untuk keluar agama Islam dan memeluk kepercayaan yang lain melainkan mahkamah Syariah membenarkannya. Mengganggukan, hakim menyatakan bahawa orang-orang Melayu tidak boleh keluar agama Islam: 

[58] … Therefore a person as long as he/she is a Malay and by definition under art 160 cl (2) is a Malay, the said person cannot renounce his/her religion at all. A Malay under art 160(2) remains in the Islamic faith until his or her dying days. The said Malay cannot renounce his or her religion through a deed poll and sought a declaration by virtue of art 11 of the FC on freedom of religion and article 11 in this instant I rule is not freedom of choice of religion.

Lina telah merayu terhadap keputusan tersebut tetapi telah kalah, melalui suatu majoriti, di Mahkamah Rayuan. Beliau telah membuat rayuan terakhir di mahkamah tertinggi. Di Mahkamah Persekutuan, isu utama adalah sama ada JPN adalah betul untuk memerlukan Lina mengemukakan suatu perintah mahkamah Syariah bahawa beliau bukan lagi seorang beragama Islam sebelum JPN boleh memadamkan kemasukan “Islam” daripada kad pengenalannya.

Majoriti di Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kaedah-Kaedah Pendaftaran Negara 1990 memberi kuasa kepada JPN untuk memerlukan keterangan bagi menyokong permohonan Lina. Oleh kerana beliau memohon untuk mengeluarkan perkataan “Islam”, ianya adalah serupa kepada mengakui bahawa Lina bukan lagi seorang beragama Islam. Penegasannya bahawa dia telah memeluk kepercayaan yang lain adalah tidak mencukupi. JPN adalah berhak untuk mendapatkan pengesahan berkenaan status agama Lina daripada pihak-pihak berkuasa agama (seperti mahkamah Syariah). Undang-undang Syariah adalah mengawal selia isu tersebut, dan bukan undang-undang persekutuan. Penolakan agama Islam mempunyai implikasi-implikasi yang parah kerana orang-orang beragama Islam adalah ditadbir di bawah suatu sistem undang-undang yang selari yang membangkitkan hak dan tanggungjawab-tanggungjawab yang berbeza daripada orang-orang bukan beragama Islam. Sebagai contoh, orang-orang beragama Islam boleh dihukum atas kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan pemerhatian agama Islam, tetapi mereka akan mengelak liabiliti sedemikian sekiranya mereka tidak lagi dianggap orang-orang beragama Islam. Orang-orang bukan beragama Islam adalah tidak tertakluk kepada undang-undang yang serupa. Maka, bagi seorang beragama Islam untuk meninggalkan agama, dia perlu berbuat sedemikian mengikut undang-undang Syariah yang terpakai. Oleh kerana Lina masih lagi dianggap sebagai seorang beragama Islam, beliau terpaksa mengikuti prosedur-prosedur agama Islam yang diperlukan untuk keluar daripada kepercayaannya. Beliau terpaksa memfailkan satu kes di mahkamah Syariah untuk mengisytihar bahawa beliau telah meninggalkan agama Islam. Ia adalah budi bicara mahkamah untuk membenarkan atau menolak permohonannya. JPN bukan badan yang sesuai untuk memutuskan jika Lina telah keluar agama Islam atau tidak. Memandangkan Lina tidak dapat mengemukakan suatu perisytiharan mahkamah Syariah, JPN mempunyai hak untuk menolak permohonannya untuk mengeluarkan “Islam” daripada kad pengenalannya.

Penghakiman minoriti yang ditulis oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak ketika itu telah mengambil pandangan yang berbeza sama sekali. Yang arif Hakim memberikan tiga alasan-alasan. Pertama, beliau telah memutuskan peraturan yang menghendaki orang-orang beragama Islam untuk menyatakan agama mereka pada kad-kad pengenalan mereka mengenakan beban-beban dan halangan-halangan prosedur yang tiada kaitan kepada undang-undang peribadi:

[65] … The requirement does not apply to non-Muslims. There is therefore a differential treatment for Muslims. Hence, in my view this tantamount to unequal treatment under the law and in the absence of any exception found to justify this discrimination the said sub-regulation has infringed art 8(1) of the Constitution. In other words it is discriminatory and unconstitutional and should therefore be struck down.

Pambatalan peraturan secara semula jadi bermaksud bahawa “Islam” akan dipadamkan daripada kad pengenalan Lina. Kedua, hakim berpendapat bahawa JPN telah menyalahgunakan kuasa-kuasanya dengan meminta Lina untuk suatu perintah mahkamah Syariah apabila ianya tidak dinyatakan di dalam peraturan sebagai suatu dokmen yang perlu dikemukakan. JPN telah salah tafsir undang-undang. Ketiga, JPN telah memadamkan “budi bicara berkanunnya dengan mengenakan sendiri sekatan” kerana ia hanya akan bertindak atas pengemukaan suatu perintah mahkamah Syariah. Ia telah bersandar kepada suatu pihak ketiga apabila ia tidak dibenarkan berbuat sedemikian oleh undang-undang. JPN telah bertindak secara tidak rasional dan tidak munasabah.

Kes Lina telah menarik banyak publisiti di kalangan orang-orang Malaysia. Isu-isu keagamaan dan perlembagaan telah terlilit. Emosi meningkat tinggi ketika perjalanan kes, yang telah mengambil kira-kira sepuluh tahun. Dakwaan-dakwaan dan dakwaan-dakwaan balas telah dibuat. Kumpulan-kumpulan Islam telah menuduh orang-orang beragama Kristian dengan percubaan menukar sejumlah orang-orang beragama Islam. Mereka telah memberikan amaran menentang keluar agama, yang dikatakan boleh dihukum mati. Kumpulan hak asasi sekular berhujah bahawa kebebasan beragama bagi orang-orang beragama Islam telah dinafikan, justeru melanggar undang-undang antarabangsa.

Penghakiman majoriti masih berdiri sehingga kini. Suatu perisytiharan mahkamah untuk menunjukkan seseorang bukan lagi seorang beragama Islam adalah diperlukan sebelum boleh secara rasmi diiktiraf sebagai seorang bukan Islam. Keterangan perlu ditunjukkan kepada hakim. Namun selain daripada pengataan pemohon bahawa dia telah memeluk kepercayaan yang lain, apa lagi yang boleh ditunjukkan atau dijangka? Keterangan tidak rasmi mencadangkan sangat sedikit kes-kes telah difailkan di mahkamah-mahkamah Syariah kerana keluar agama boleh dihukum sebagai satu jenayah. Di sesetengah negeri, orang-orang yang telah keluar agama telah dihantar ke rumah-rumah pemulihan dan pusat-pusat tahanan untuk kaunseling. Mengikut amalan, hak untuk keluar suatu agama dan mengambil yang lain di bawah perkara 11 Perlembagaan adalah khayalan untuk orang-orang beragama Islam. Dalam hal keadaan ini, ia bukan suatu tanggapan yang tersilap oleh sesetengah, di Malaysia, orang-orang Islam tidak boleh keluar agama Islam.

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 29 Jun 2021